"Speed Maths Challenge" ialah antara aktiviti kesinambungan Program Akademik "Times Whizz". Objektif aktiviti ini ialah memberi peluang untuk bermain sambil belajar subjek Matematik dan juga memupuk sifat bekerjasama antara sesama rakan sekolah. Dalam aktiviti ini murid menyelesaikan soalan-soalan Matematik dari satu stesen ke stesen lain dalam masa yang di tentukan. Aktiviti ini melibatkan semua murid dari peringkat Pra Sekolah hingga Tahun 6. Murid-murid juga di beri kesempatan untuk menjawab soalan Matematik secara lisan di dalam dewan Ar-Rayyan.
4 Comments
|